Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Murid Melecur Ketika Amali...

SITIAWAN - Kejadian empat murid tahun dua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Maha...

“Saya Telus Kongsi Maklumat...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan sentiasa bersikap telus dalam berkongsi...

“Saya Sama Je, Tak...

SEBAGAI selebriti, pasti mereka tidak lari daripada gosip tidak berasas yang sengaja diada-adakan. Semakin...

Selepas 13 Tahun, WTC...

13 tahun lalu pada tanggal 11 September 2001, seluruh dunia digemparkan dengan serangan...

NADMA Di Peringkat Negeri Bakal Diputuskan Kelak

KUALA LUMPUR – Cadangan mewujudkan cawangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di peringkat negeri akan diputuskan kelak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata cadangan tersebut masih di peringkat kajian dan pada masa ini, NADMA menghantar pegawai kanan agensi itu untuk memberi bantuan kepada sekretariat Anggota Pertahanan Awam (APM) ke negeri-negeri yang terlibat dengan bencana.

Menurutnya, pendekatan itu merupakan satu kaedah yang berkesan dan jentera pengurusan bencana dapat diuruskan dengan berjaya.

“Jemaah menteri berpuas hati dengan pengurusan bencana banjir serta bantuan daripada pasukan penyelamat lain seperti APM, bomba, polis, angkatan tentera, Jabatan Kebajikan Masyarkat dan lain-lain yang menguruskan lebih 100,00 mangsa dalam operasi banjir baru-baru ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Justeru, katanya, tidak timbul soalan kecaluran dengan peranan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam operasi bencana atau di pusat pemindahan banjir. – BERNAMA

Kategori