Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Kalau Saya Di Tempat...

AKHIRNYA Neelofa bersuara untuk berkongsi cerita sebenar mengenai kontroversi pesawat yang dinaikinya secara...

Keluarga Mangsa Kerat Di...

MELAKA - "Kami sekeluarga reda dengan apa berlaku dan kini uruskan jenazah adik...

Najib Lawat Korea Selatan...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan rasminya ke Korea Selatan...

Pemimpin Disaran Fahami Corak...

KUALA LUMPUR - Pemimpin kerajaan disaran bersikap berterus-terang dan memahami corak pemikiran terkini...

Najib Harap Kerangka CoC Siap Hujung Tahun Ini

MANILA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kerangka bagi Kod Tatalaku (CoC) mengenai Laut China Selatan yang kini berada di peringkat pegawai kanan ASEAN, akan dimuktamadkan dan diterima pakai menjelang akhir tahun ini.

“CoC ini adalah mengikat dari segi perundangan bagi semua pihak dalam memastikan keamanan dan kestabilan berterusan di Laut China Selatan,” katanya selepas mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Vietnam, Nyugen Xuan Phuc di sini hari ini.

Beliau berkata Vietnam juga mempunyai pendirian yang sama bahawa kawasan Laut China Selatan perlu terus menjadi kawasan yang aman dan stabil.

“Soal pelayaran dengan aman dan juga kebebasan pelayaran serta penerbangan di atas Laut China Selatan, keselamatan maritim hendaklah terus diberi jaminan supaya tidak berlaku apa yang boleh menjejaskan perkara-perkara tersebut,” katanya.

Najib berkata Malaysia dan Vietnam mempunyai pendirian sama bahawa kawasan itu tidak sepatutnya ada aktiviti ketenteraan dan kedua-dua negara tidak mahu ketegangan di kawasan Laut China Selatan berada di tahap lebih tinggi lagi daripada apa yang dilihat pada masa ini.

“Jadi kita berharap semua pihak tidak melakukan apa-apa yang boleh meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan , dan pada masa yang sama kaedah penyelesaiannya melalui rundingan secara aman menjadi pilihan negara-negara ASEAN dalam isu Laut China Selatan,” katanya.


Selain itu, Najib berkata mereka juga berbincang soal pertahanan dan pelanunan di kawasan Laut China Selatan yang memerlukan kerjasama lebih erat antara Vietnam dan Malaysia.

Vietnam juga telah melahirkan hasrat untuk menghantar lebih ramai pekerjanya ke Malaysia dan meminta kuota pengambilan tenaga kerja dari negara itu dikaji semula dan ditambah.

Idea mengenai CoC tercetus berikutan pertindihan tuntutan ke atas kawasan tertentu di Laut China Selatan.

Najib dan Phuc berada di Manila untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30. – BERNAMA

Kategori