Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tangkapan Polis Marin Meningkat...

JOHOR BAHRU - Jumlah tangkapan yang dilakukan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 meningkat...

Dewan Ulama PAS Akan...

DEWAN Ulama PAS akan mengkaji kerjasama tahaluf siyasi yang dilaksanakan dengan parti-parti sekutu...

75 Ahli PKR Hilang...

KOTA BHARU  –  75 ahli PKR yang dilantik secara politik dalam kerajaan negeri...

Tercemar Bakteria, Epal Gala...

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala...

Najib Ke Jaipur Teroka Peluang Pelaburan

JAIPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkunjung ke Rajasthan hari ini untuk meninjau penyertaan Malaysia dalam projek infrastruktur di India dan meneroka peluang pelaburan.

Diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, perdana menteri tiba di Jaipur pada 11.23 pagi dari New Delhi, selepas mengadakan pertemuan yang berhasil bersama rakan sejawatan beliau, Narendra Modi, pada Sabtu.

Delegasi beliau turut dianggotai Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam lawatan ringkas itu, Najib bertemu Ketua Menteri Rajasthan, Vasundhara Raje Scindia di Taj Rambagh, yang sebelum ini merupakan istana Maharaja Jaipur.

Beliau kemudian menghadiri perbincangan peringkat tertinggi berhubung pencapaian syarikat Malaysia dalam projek infrastruktur dan peluang pelaburan di negeri itu.


Difahamkan syarikat dari Malaysia membida bagi beberapa projek lebuh raya di Rajasthan, negeri terbesar di India dan bersempadan dengan Pakistan.

Dalam sidang akhbar bersama Najib di New Delhi semalam, Modi mempelawa syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan yang luas, termasuk cadangan India untuk mewujudkan 100 bandar raya pintar dan pelbagai projek infrastruktur. – BERNAMA

Kategori