Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Kes Tipu...

KEPALA BATAS -- Seorang lelaki yang ditahan bagi membantusiasatan berhubung kes tipu, ditemui...

Maszlee Ada 10 Orang...

IBARAT paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia yang lebih. Itulah peribahasa yang...

Bendahari BERSATU Direman Sebagai...

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa tahanan reman ke atas...

Tak Sarapan 2 Tahun...

BUKTI kasih sayang abang kepada adiknya, seorang kanak-kanak sanggup mengikat perut dengan tidak...

Najib Ketuai Delegasi Ke Sidang Kemuncak ASEAN

MANILA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 dan mesyuarat berkaitan di Metro Manila di sini pada 26-29 April, 2017.

Beliau akan diiiringi oleh isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, delegasi itu akan turut disertai oleh para pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Unit Perancang Ekonomi.

Sidang yang menyaksikan Filipina selaku tuan rumah, bertemakan ‘Kerjasama Untuk Perubahan, Melibatkan Dunia,’ jelas menggambarkan usaha Manila menggalakkan perpaduan dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN dan rakannya di peringkat global.

Malah, sidang itu turut memberi peluang kepada negara anggota ASEAN untuk membincangkan serta melaksanakan Visi Komuniti ASEAN 2025.

Ia juga menjadi platform bagi para pemimpin untuk saling bertukar pandangan mengenai hala tuju ASEAN, pendekatan yang sesuai bagi hubungan luar serta pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang membabitkan minat serta kepentingan bersama.

Menurut kementerian itu, Najib juga akan menyertai pemimpin lain ASEAN dalam acara termasuk sesi bersama wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN dan wakil golongan muda ASEAN.


Selain menyertai sidang kemuncak berkenaan, Perdana Menteri akan turut mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Ke-10 serta menghadiri Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Ke-12 yang akan dipengerusikan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan ucap tama di acara Sidang Kemuncak ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ anjuran Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).

Acara berkenaan akan memberi tumpuan terhadap usaha memacu pertumbuhan menerusi pembabitan usahawan mikro dan kecil dalam bidang perdagangan, perkhidmatan dan pertanian.

Menurut kenyataan itu, sidang kemuncak itu bertujuan untuk meneruskan usaha bagi pertumbuhan yang terangkum serta kesejahteraan untuk keseluruhan Komuniti ASEAN.

Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan beberapa perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya dari negara anggota ASEAN di luar sidang kemuncak berkenaan. – BERNAMA

Kategori