Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Alibaba Beri Latihan E-Dagang...

KUALA LUMPUR - Syarikat e-dagang utama dunia, Alibaba, telah menjalankan program latihan e-dagang...

Nelayan Asing Ceroboh Kolaborasi...

PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyatakan pencerobohan nelayan asing khususnya...

Penduduk Bantah Projek Pembangunan...

GEORGE TOWN - Sekumpulan penduduk Kondominium Miami Green Resort, Jalan Pantai Miami, Batu...

Malaysia Tidak Bankrap, Rizab...

KUALA LUMPUR - Perdana menteri hari ini mengulangi bahawa negara tidak bankrap, memandangkan...

Najib Pengerusikan Mesyuarat MT UMNO Di PWTC

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mesyuarat itu yang bermula 8.50 malam dijangka membincangkan beberapa perkara termasuk persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas timbalan presiden; Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ketua-ketua sayap.

Terdahulu, Najib yang juga Perdana Menteri menyerahkan bendera UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO setiap negeri sebagai simbolik bagi memulakan ‘Larian Bendera’, iaitu larian tahunan di seluruh negara sempena sambutan ulang tahun ke-71 parti itu bulan depan.

Acara larian bendera itu akan bermula secara serentak oleh semua cawangan di setiap zon pada 1 Mei ini.

Larian yang akan diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO di setiap negeri itu akan berakhir pada 11 Mei di Stadium Bukit Jalil, di sini yang juga menjadi medan sambutan kemuncak parti terbesar Melayu bagi sambutan ulang tahun kali ini.


Dalam pada itu, Najib turut menandatangani kain rentang Kempen Sejuta Tandatangan Ahli UMNO 2017 serta melancarkan setem khas yang dikeluarkan bersempena dengan Hari Ulang Tahun UMNO ke-71 yang akan disambut pada 11 Mei ini.

Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata setem itu pertama kali dibuat UMNO dan direka khas dengan memaparkan logo parti itu.

“Setem ini akan dicetak dan dikeluarkan mengikut permintaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori