Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

6 Pelajar Cedera Ringan...

KOTA TINGGI - Enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim, Felda Lok...

Sesungguhnya 2019 Sentuh Hati...

KURANG dua minggu dimuat naik di laman perkongsian video YouTube, video muzik lagu...

Che Ta Bergambar Di...

PELAKON Rozita Che Wan atau Che Ta sering kali melancong ke luar negara...

Amri Yahyah Tandatangani Kontrak...

SEPANG - Penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah mengikat kontrak setahun bersama Juara Liga...

Najib Tak Boleh Disamakan Dengan Mahathir – Salleh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh disamakan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad oleh kerana bekas perdana menteri itu memikul beban besar yang ditanggung dari masa lampau.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengambil perhatian bahawa pada zaman Dr Mahathir menjadi perdana menteri sebilangan regim yang wujud di sekitaran Malaysia disingkirkan.

Dan Dr Mahathir boleh disifatkan “sama sahaja” dengan diktator yang disingkirkan itu, kata Salleh di blognya sskeruak.blogspot.my.

Beliau seterusnya berkata media barat menuduh Dr Mahathir membazirkan berbilion ringgit wang negara termasuk yang disebut sebagai ‘ketirisan’.

“Ini diterbitkan dalam sebuah buku dan satu lagi warisan Mahathir yang tidak seharusnya disamakan dengan Najib,” kata Salleh.


Menteri itu berkata pada 2013, Dr Mahathir menuduh Najib mengabaikan orang Melayu dan melayani kehendak orang Cina, sedangkan orang Melayulah yang menyokong UMNO.

“Sudah pasti Najib tidak boleh disamakan dengan Dr Mahathir,” kata Salleh. – BERNAMA

Kategori