MANILA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc.
Pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu, yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 dan mesyuarat berkaitan, diadakan atas permintaan Nguyen.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Industri dan Perdagangan Vietnam Tran Tuan Anh dan Naib Menteri Luar Nguyen Quoc Dung .
Pada 2016, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Vietnam berjumlah RM42.6 bilion dengan eksport sebanyak RM23.8 bilion dan import RM18.8 bilion. – BERNAMA