Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penyelia Kilang Dituduh Bunuh...

KLUANG - Seorang penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan...

2 Lelaki Maut Ditembak...

KOTA KINABALU - Dua lelaki terbunuh selepas ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah...

Bomba Selamat Pendaki Wanita...

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands berjaya menyelamat dan membawa keluar...

Peguam – Mahkamah Tergesa-Gesa...

Mahkamah Persekutuan “tergesa-gesa” semasa perbicaraan rayuan kes rasuah SRC International membabitkan penyelewengan RM42...

Najib Ucap Tahniah Kepada Pandelela, Nur Dhabitah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada gandingan Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri yang meraih pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama wanita dalam Siri Terjun Dunia FINA keempat di Windsor, Kanada pada Jumaat lepas.

“Tahniah @Pandelela_R @bitahsabri127 yang berjaya merangkul pingat perak di Windsor ! #DWS2017 #kebanggaanku #Negaraku #KamiTeamMalaysia,” kata perdana menteri dalam catatan Twitter beliau.

Pandelela-Nur Dhabitah Raih Pingat Perak Di Kanada

Pandelela dan Nur Dhabitah memperoleh 298.80 mata, yang ketinggalan 37.86 mata di belakang gandingan China, Ren Qian dan Si Yajie, yang mendominasi kelima-kelima terjunan sejak awal untuk mengutip 336.66 mata bagi meraih pingat emas.

Pingat gangsa menjadi milik Tonia Couch dan Lois Toulson dari Great Britain yang mengumpul 298.62 mata.


Nur Dhabitah digandingkan dengan Pandelela Rinong selepas Cheong Jun Hoong mengalami kecederaan tulang belakang.

Mereka masing-masing juga akan meneruskan saingan dalam acara 10m platform individu hari ini.

Kejohanan itu yang berlangsung dari 21 hingga 23 April adalah siri terakhir dalam Siri Terjun Dunia FINA bagi tahun ini. – BERNAMA

Kategori