Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jangkitan COVID-19 Di Singapura...

SINGAPURA: Jangkitan COVID-19 di Singapura menunjukkan peningkatan ketara, kata Kementerian Kesihatan (MOH), hari...

Melancong Sambil Adakan Ibadah...

LANGKAWI - Melancong sambil mengadakan ibadah korban semasa sambutan Aidiladha, antara pakej yang...

VIDEO: Ngeri..Budak Lelaki Dilanggar...

SENTIASA awasilah anak-anak kecil ketika mereka sedang bermain dan kalau boleh elakkan mereka...

Individu Bawah Pengawasan Ditembak...

NIBONG TEBAL - Seorang individu yang berada di bawah pengawasan polis mati ditembak...

Netizen Kutuk Penyebab Kematian Pelajar Tahfiz

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak melahirkan rasa sedih dan mengutuk tindakan pembantu warden yang dilapor memukul seorang pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor hingga menyebabkan kematiannya.

Kes itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam laman Facebook dan Twitter mereka yang mahu siasatan kes itu dipercepatkan.

Ketua Polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya berkata polis kini mengklasifikasikan semula kes itu sebagai kes bunuh.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, tempat pelajar itu mendapatkan rawatan.

Mohamad Thaqif Amin dijadual menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi, namun ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.

Kedua belah kakinya sebelum ini telah dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

Dewan Negara hari ini turut bertafakur sejenak semasa seorang daripada senator ingin memulakan sesi membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 bagi menzahirkan kesedihan di atas kematian pelajar itu.

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam kenyataan hari ini berkata kementerian memandang serius kejadian itu dan mahu ibu bapa cepat melaporkan kejadian sedemikian kepada pihak berkuasa.

“Saya menyeru ibu bapa dan penjaga supaya lebih prihatin dengan persekitaran kanak-kanak terutamanya bagi keadaan yang mencurigakan untuk dilaporkan terus ke Talian Kasih 15999 atau pihak berwajib sebagai langkah pencegahan awal agar kanak-kanak dilindungi selayaknya,” katanya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata pihaknya terkilan berhubung kejadian yang melibatkan institusi agama Islam itu.

“Kami menolak sebarang isu sebegini daripada berlaku lagi di institusi agama Islam dan kebajikan kanak-kanak serta hak kanak-kanak seperti juga isu penderaan seksual dan pengurusan harta anak yatim,” kata beliau.


Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim mahu pihak sekolah menyemak prosedur pengambilan kakitangan dengan memperketatkan syarat serta menyelidik latar belakang pemohon terlebih dahulu bagi mengelak kejadian seumpama ini berulang.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan pula mencadangkan kewujudan satu garis panduan berkaitan pelaksanaan hukuman rotan di sekolah-sekolah tahfiz di negara ini.

Beliau berkata garis panduan berhubung perkara itu ketika ini hanya melibatkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, dan tidak melibatkan sekolah-sekolah tahfiz yang di bawah seliaan Jabatan Agama.

Sementara itu, golongan netizen di laman sosial turut menyuarakan rasa simpati kepada keluarga berkenaan dan mengutuk keras perbuatan memukul pelajar itu.

Pengguna Facebook, Dayane Othman berkata kejadian itu amat tidak berperikemanusiaan apabila mendisiplin anak-anak secara yang mendatangkan kecederaan dan maut.

Eromie Rahmat dalam laman sosialnya berkata pihak terbabit tidak seharusnya menghukum pelajar menggunakan kekerasan kerana masih terdapat banyak lagi alternatif lain dalam menjatuhkan hukuman.

Sementara itu, laman Facebook ibu mangsa yang menggunakan nama Dayang Thaqifah turut dihujani ucapan takziah daripada pelbagai lapisan masyarakat dan berharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian itu. – BERNAMA

Kategori