Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SRC: Najib Fail Petisyen...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan petisyen...

Tun M Minta Semak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak...

1MDB Akan Hadir Prosiding...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengesahkan semula kehadiran dan...

Plug 3 Pin Tertusuk...

INI memang malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah melalui...

Nora Danish Photoshoot Baju Raya Sampai Ke Las Vegas

MENJELANG ketibaan Ramadan yang bakal disambut lebih kurang sebulan dari sekarang, kebanyakan label pakaian popular sudah mula ‘bertarung’ dengan strategi promosi dan pemasaran menarik untuk produk mereka.

Salah seorang artis yang terlibat dalam bidang perniagaan baju ialah Nora Danish menerusi jenamanya, Owl By ND.

Yang menariknya kali ini Nora sampai beberapa negeri di Amerika Syarikat seperti Las Vegas, Arizona dan California untuk menjayakan sesi photoshoot koleksi raya Owl tahun ini.

Bermacam lokasi menarik di sana disinggahi aktres ini dan tenaga kerjanya termasuk ke stesen minyak dan tempat pelancongan menarik di sana seperti Grand Canyon, Joshua Tree National Park dan Sand Hollow State Park.


Penyanyi Harris Baba turut serta dalam sesi penggambaran kali ini menggayakan rekaan baju Melayu Owl.

Kesemua rekaan Owl memang kelihatan cantik dan anggun ditambah pula dengan pemandangan cantik persekitarannya.

Jom kita enjoy gambar-gambar cantik yang dikongsikan pelakon berusia 35 tahun itu menerusi laman Instagramnya.

Mana yang dah berkenan di hati tu, jangan lupa dapatkan baju-baju raya keluaran Nora Danish ni ya! – MYNEWSHUB.CC

Kategori