Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lawatan Raja Salman Ke...

PUTRAJAYA - Raja Salman Bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci akan mengadakan...

Perang Perdagangan China-As Belum...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia sehingga kini...

445,641 Calon Bakal Duduki...

PUTRAJAYA - Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 akan dijalankan pada 4,...

KPWKM Syor Letak Anak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menggariskan...

Operasi Lapangan Terbang Sibu Bersambung

SIBU – Lapangan Terbang Sibu membatalkan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) yang dikeluarkan sebelum ini dan menyambung semula operasinya tengah malam tadi.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu Zainuddin Abu Nasir berkata pihaknya menghantar surat pembatalan notis itu menerusi faks kepada pejabat NOTAM Kuching malam tadi.

Beliau berkata kontraktor yang dilantik berjaya mengalih pesawat MH2718 Malaysia Airlines yang tergelincir menggunakan peralatan khas untuk mengalih pesawat pada 7 petang semalam.

“MH2718 ketika ini ditempatkan di Ruang 1 bangunan terminal. Kami telah menutup lubang besar berhampiran kawasan berumput dan membersihkan kekotoran di atas landasan,” katanya dalam mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebanyak 48 penerbangan yang dijadual tiba dan berlepas di Lapangan Terbang Sibu semalam dibatalkan susulan penutupan landasan lapangan terbang itu.


Penerbangan yang dibatalkan itu membabitkan 28 MASwings, 16 AirAsia dan empat Malaysia Airlines berlepas serta tiba dari Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Bintulu, Miri dengan 3,787 penumpang terjejas akibat pembatalan itu.

Dalam insiden 10.17 malam Sabtu lepas, pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur membawa 69 penumpang dan anak kapal, tergelincir ketika mendarat semasa hujan lepas.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu. – BERNAMA

Kategori