Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lebuhraya CSR Di Kelantan...

GUA MUSANG : Pihak kerajaan akan memastikan Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR)...

5 Maut Kebakaran Pusat...

KUALA LUMPUR — Lima individu maut dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan orang...

KPDNHEP Selangor Rampas Barangan...

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor...

Tiada Terima Aduan Penjawat...

KONGRES Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan (CUEPACS) tidak menerima sebarang aduan berhubung kakitangan awam...

Operasi SAR Lelaki Dibawa Arus Deras Diteruskan

SEREMBAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikenali sebagai Sriganesh, 48, yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya bersama seorang rakan terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Sungai Gadut-Rantau Sabtu lepas, diteruskan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata operasi SAR yang memasuki hari ketiga, bermula dari 8.30 pagi dan pencarian diperluas sehingga 10 km dari lokasi mangsa terperangkap.

“Pasukan SAR ketika ini sedang melakukan operasi pencarian di kawasan Pengkalan Kempas sehingga ke Sungai Linggi melalui darat dan air di dua lokasi kerana kita percaya terdapat dua kemungkinan iaitu mangsa telah dibawa arus deras ke arah Sungai Linggi atau masih berada di Sungai Simen,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya operasi hari ini melibatkan kekuatan kira-kira 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Teluk Kemang dan pasukan khas Storm (Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia).


Dalam kejadian Sabtu lepas, mangsa yang memandu kereta Proton Saga FLX terperangkap di dalam keretanya selepas kenderaan itu dihanyutkan arus deras ke Sungai Gadut ketika hujan lebat, manakala rakannya yang berusia 35 tahun berjaya menyelamatkan diri. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori