Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tiada Masalah Bincang Perjanjian...

KUCHING - Kerajaan persekutuan tiada masalah untuk mengembalikan sekiranya ada kuasa atau hak-hak...

Agong Kurnia Darjah SUMW...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan, Agong Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Laporan Akhir Pengauditan 1MDB...

KUALA LUMPUR - Pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development...

Suri Rumah Hilang Di...

KUALA TERENGGANU - Seorang suri rumah yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu di...

Pak Nil Ganti Najip Ali Selaku Juri Tetap MLM2017

PERSOALAN siapakah yang bakal menggantikan kerusi kosong ditinggalkan oleh Najip Ali selakuĀ juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) akhirnya terjawab.

Pengacara No.1 negara, Datuk Aznil Nawawi disahkan telah pun dipilih secara rasmi bagi menggalas tugas berat tersebut mulai Jumaat ini.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Astro, Aznil atau lebih popular dikenali sebagai Pak Nil akan memulakan tugasnya bermula malam ini.

“Demi menghormati semua pihak dan terus memeriahkan Maharaja Lawak Mega untuk peminat, tenaga produksi telah mengambil keputusan untuk menggantikan Najip Ali dengan Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap di dalam program ini,”Ā menurut kenyataan yang disiarkan ada hari ini, Jumaat.

Namun, wakil Astro tidak memberikan komen lanjut mengenai pemilihan tersebut, sebaliknya pihak syarikat penyiaran itu dijangka mengadakan satu sidang media pada malam ini.

Tempat Najip, 50, digantikan serta-merta ekoran keceluparannya mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sebuah rancangan hiburan terbitan stesen televisyen Singapura berjudul Ok Chope!Ā pada 29 Mac lalu.


Dalam rancangan disiarkan di Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura itu, peserta telah diarahkan untuk melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams__________for threatening Malaysiaā€™s progress.”

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ā€˜fake newsā€™.

Bekas pengacara Asia Bagus itu kemudian menyambung ayat itu dengan kata-kata yang menghina dan merendah-rendahkan pemimpin negara.Ā – MYNEWSHUB.CC

Kategori