KUALA KUBU BHARU – Seorang peluncur layar yang dilaporkan hilang di Bukit Batu Pahat di sini, sejak semalam ditemui selamat petang tadi.
Mangsa, Mohamad Rosely Azli, 53 ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ketika tinjauan udara kira-kira jam 3.30 petang.
Baca: Paraglider Hilang Sejak Petang Ahad
Difahamkan, mangsa melambai-lambai tangannya meminta bantuan dan membentangkan payung luncurnya sebelum ditemui anggota SAR yang menggunakan helikopter unit Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Usaha menyelamat sedang dijalankan.
Dalam kejadian 2.50 petang semalam, mangsa gagal dihubungi selepas melakukan terjunan dari Bukit Batu Pahat ke Taman Millenium di Kuala Kubu Bharu.
Mangsa sepatutnya mendarat di Taman Millenium selepas terjun dari ketinggian 426.72 meter namun gagal berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC