Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Azmin Calon MB Selangor?...

Ketika muncul bayangan bahawa Azmin Ali mungkin dicalonkan Perikatan Nasional (PN) sebagai menteri...

Kes Tumbuk: Tentera Darat...

TENTERA Darat Malaysia telah menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat kes pegawai kanannya menumbuk...

LTTE: ADUN Gadek Kemuka...

KUALA LUMPUR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Gadek, Melaka G. Saminathan yang...

Fitnah: SPRM Putus Saman...

PUTRAJAYA - Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Lim...

Paraglider Hilang Sejak Petang Ahad

KUALA KUBU BHARU – Seorang paraglider hilang selepas melakukan terjunan dari Bukit Batu Pahat ke Taman Millenium di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata mangsa yang dikenali sebagai Rosli itu berusia 50 an dari Cheras.

Menurutnya, mangsa sepatutnya mendarat di Taman Millenium selepas terjun dari ketinggian 426.72 meter namun gagal berbuat demikian.

“Pusat kawalan daerah telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2.50 petang Ahad.

“Angin kencang mungkin menolak paraglider itu sehingga ketinggian 4,000 kaki dari aras bumi dan hilang dari pandangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jelasnya, sehingga jam 5 petang semalam, mangsa tidak dapat dihubungi sama ada menggunakan set ‘point to point’ yang dibawa dan telefon bimbit.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan bersama bomba sehingga jam 8 malam tadi namun gagal berikutan keadaan cuaca tidak mengizinkan.

“Operasi SAR diteruskan semula pada 8 pagi Isnin,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori