Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Iktiraf UEC: Kerajaan Tunggu...

KLUANG - Kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf atau tidak...

PAS Negeri Diminta Pantau...

KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama PAS meminta badan perhubungan negeri parti itu...

Ibu Maut Ditembak Anak...

SEORANG ibu berusia 26 tahun maut selepas ditembak secara tidak sengaja oleh anak...

MOA Tidak Boleh Dedah...

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak boleh mendedahkan identiti syarikat...

PAS P.Pinang Usul Putus Hubungan Dengan PKR

BUKIT MERTAJAM – PAS Pulau Pinang akan mengemukakan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini.

Pesuruhjaya PAS negeri Fauzi Mohd Yusof berkata 13 Kawasan PAS Pulau Pinang telah bersetuju membawa usul itu kerana PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

“13 Kawasan PAS sudah bermesyuarat dan masing-masing sebulat suara mengusulkan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Ini menunjukkan betapa seriusnya PAS Pulau Pinang menilai segala tindakan yang telah dilakukan sepanjang PAS bersama dengan PKR,” katanya kepada pemberita selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke-37 di Mengkuang Titi di sini hari ini.

Beliau berkata usul tersebut akan dihantar ke PAS pusat dan jawatankuasa penapisan usul serta pihaknya berharap ia akan diterima untuk dibahaskan pada muktamar nanti. – BERNAMA

Kategori