Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Bakar Isteri Depan Anak,...

GEORGETOWN - Seorang penganggur dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini...

Bom Bawah Kerusi Bunuh...

KABUL – Seorang calon pilihan raya Afghanistan terbunuh apabila sebutir bom yang diletakkan...

Ustaz Dakwa Ezad Lazim...

PELAKON dan penyanyi Ezad Lazim yang kini sedang sakit dilaporkan terpaksa pulang ke...

Penyanyi Zyn Nakal Didenda...

AMPANG JAYA - Penyanyi Zyn Nakal didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini...

Pastikan Hukuman Setimpal Jenayah – LPPR

PUTRAJAYA – Kenyataan seorang anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertujuan membina dalam memastikan hukuman setimpal dengan jenayah dalam sistem keadilan jenayah di negara ini.

Sambil menyatakan kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah itu disokong oleh lembaga tersebut, Pengerusi LPPR Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata ia merupakan sentimen yang dikongsi oleh majoriti mereka yang mahu lebih banyak dilakukan bagi membanteras rasuah, masalah sosial paling berbahaya dan melemahkan yang menjadi kebimbangan besar negara.

“Apa-apa hukuman yang tidak bertindak sebagai pencegah berkesan bukanlah satu pencegah. Paling tidakpun sekadar hukuman ringan yang tidak memadai, atau paling teruk suatu penghinaan kepada keagungan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 28 Mac lalu, Mohd Noor, bekas hakim Mahkamah Rayuan membuat kenyataan di luar sidang media LPPR mengenai apa yang dianggap beliau hukuman-hukuman yang amat tidak sesuai oleh mahkamah dalam kes-kes rasuah secara amnya, yang tidak mencerminkan keseriusan dan kesan jenayah kepada masyarakat.

Tunku Abdul Aziz berkata Tun Arifin Zakaria yang pada masa itu Ketua Hakim Negara dan kini telah bersara, agak terganggu dengan kenyataan “hakim terlalu berlembut” dan beliau menyifatkan rujukan itu tidak lebih daripada sekadar “secara umum”.


Beliau berkata anggota lembaga itu adalah bebas dan bukan penjawat awam serta hanya menjalankan tugas mereka.

“Kami percaya kami mempunyai semangat dan kepakaran profesional untuk membantu SPRM dan negara mendepani rasuah secara tegas.

“Dalam hubungan ini, kami tidak menuruti mana-mana peraturan, tidak kira betapa ia menyusahkan pihak berkuasa. Kami tidak memuja mana-mana pihak. Dalam tugas kami, pertimbangan utama ialah mencari kaedah baharu dan praktikal untuk mencegah penyebaran rasuah,” katanya. – BERNAMA

Kategori