Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kebodohan Ali Abd Jalil,...

Aktivis kontroversi, Ali Abdul Jalil diketahui kini sedang berada di Kiruna, Sweden kerana...

Kes Adib: KPKT Serah...

SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak...

Ramai Terharu Tindakan Mak...

DALAM menjalani kehidupan rumah tangga, selain daripada kasih sayang, amalan hormat menghormati terhadap...

Muktamad Tiada Bas Ekspres...

MUKTAMAD. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan perpindahan operasi bas ekspres koridor utara...

Patung 23,000 Tahun Mirip Punggung Kim K

MOSCOW – Sekumpulan penyelidik arkeologi berjaya menemui sebuah patung wanita yang dianggarkan berusia 23,000 tahun dengan punggung mirip selebriti terkenal Kim Kardashian.

Patung zaman batu tua atau Paleolitik itu dijumpai secara tidak sengaja ketika proses cari gali sejarah di wilayah Bryansk, kira-kira 483 kilometer dari ibu kota Rusia, Moscow menurut laporan media tempatan pada Isnin.

Mereka dilaporkan terpegun apabila mula menyaksikan patung tersebut kerana susuk belakang tubuh badannya saling tidak tumpah seperti rupa punggung montok Kimberley West, personaliti terkenal Amerika Syarikat (AS).

Apa yang menarik, ia ditemui sekali dengan ukiran gading gajah gergasi purba atau disebut mammoth sekali gus menunjukkan manusia zaman prasejarah sudah pun membayangkan imej fantasi kecantikan punggung wanita.

Ketua pasukan ekspedisi, Dr. Konstantin Gavrilov membandingkan patung ini dengan lukisan Danae, karya terkenal artis Rembrandt Harmenszoon van Rijn mengenai susuk dewi mitologi Greek menerusi lukisannya itu pada 1636.

Patung 23,000 Tahun Mirip Punggung Kim K

“Ia jelas menggambarkan seorang wanita yang agak gemuk, kakinya panjang dan kurus,” terang beliau sambil menambah, bahagian buntutnya agak besar dan cukup menonjol berbanding saiz tubuh perempuan tipikal.


Patung tersebut kemudian menjadi perhatian ramai sarjana ilmuwan atau pakar artifak purba dari Jabatan Zaman Batu di Institut Arkeologi Rusia, menurut Gavrilov sambil menyifatkan ia menggambarkan wanita itu amat subur.

Dua belahan punggung yang menonjol kembang itu menggambarkan perempuan ini agak gendut, mungkin untuk memberi gambaran wanita tersebut sedang hamil anak kembar dengan corak perut memboyot begitu besar.

Kebanyakan ahli sejarah bagaimanapun percaya patung prasejarah tersebut adalah benda yang dipakai untuk sebuah upacara khas dan ‘ritual’ keagamaan masyarakat bagi memohon kemurahan rezeki atau menolak bencana.

Kandungan patung itu umumnya diperbuat daripada tulang mammoth, kerbau bison dan batu-batu tebal, pada lapisan berusia puluhan ribu tahun di tapak arkeologi Khotylyovo-2, Rusia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Kim K

Kategori