Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Najib Bertemu Presiden Maldives

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan...

Rakyat Thai Berdoa Agar...

BANGKOK - Ratusan rakyat Thailand memakai kemeja warna kuning dan merah jambu memenuhi...

Fattah Tidak ‘Kayu’ Lagi,...

SEJAK digandingkan bersama dalam drama Hero Seorang Cinderella (HSC), Fattah dan Fazura kini...

Dzulkifli Mohon Tamatkan Perkhidmatan

PUTRAJAYA – Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengemukakan permohonan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua...

Patut Bersyukur Saudi Aramco Pilih Malaysia

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membidas anggota Parlimen pembangkang Rafizi Ramli yang mempersoalkan perjanjian pelaburan Saudi Aramco, daripada bersyukur syarikat gergasi minyak Arab Saudi itu memilih Malaysia untuk melabur.

Beliau berkata pelaburan Saudi Aramco bernilai US$7 bilion dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (RAPID) di Pengerang, Johor menjana ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Katanya sebanyak 60,000 peluang pekerjaan disediakan semasa proses pembangunan projek itu dan setelah siap nanti kerjasama itu akan memberi pekerjaan kepada 8,000 rakyat Malaysia.

“Kalau itu dikatakan tidak adil oleh Rafizi, saya tak tahu nak cakap apa lagi.


“Untuk kita membangunkan ekonomi, bukan kerja kerajaan sahaja, Rafizi juga bertanggungjawab, jangan terlalu sangat berpolitik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Makmal Sindikasi Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0, di sini, hari ini.

Rafizi baru-baru ini mempersoalkan campur tangan Abdul Rahman dalam perjanjian tersebut yang didakwanya menyebabkan Petronas membayar harga minyak mentah dari Arab Saudi lebih mahal. – BERNAMA

Kategori