Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kos Sara Hidup Meningkat...

KUALA LUMPUR - Kumpulan pengguna bersetuju bahawa peningkatan kos sara hidup yang menjadi...

Internet Percuma 1GB Sehingga...

Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan internet berkapasiti 1GB secara percuma kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kata  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Sarawak Terima 1,108 Guru...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerima 1,108 guru baharu terdiri daripada...

Cuma 1 PPS Di...

KUALA TERENGGANU – Jumlah pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir di Terengganu kekal...

Pejabat Azalina Buat Laporan Polis Facebook Otai Bersih

KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membuat laporan polis ke atas pemilik akaun Facebook “Otai BERSIH” petang semalam.

Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan pemilik Facebook tersebut memaparkan gambar Azalina beserta tulisan kapsyen “Tiada seorang pun sanggup nak rogol saya..”.

Pejabat Azalina dalam satu kenyataan media berkata, laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Kanan Azalina, Chyairreil Annwar Akmal di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Laporan polis ini untuk tujuan keselamatan Azalina dan sekali gus menafikan kandungan `posting’ tersebut. Kandungan `posting’ ini adalah palsu dan bersifat jelik,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, laporan sama turut dibuat di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pagi ini.


“Laporan ini bertujuan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyalah guna media sosial,” kata kenyataan itu.- MYNEWSHUB.CC 

Kategori