Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

OPR Berpotensi Kekal Jika...

PUTRAJAYA : Kadar Dasar Semalaman (OPR) berpotensi kekal pada paras 2.75 peratus jika...

Mariah Carey VS Nicki...

SENGKETA membabitkan dua bekas juri program nyanyian American Idol iaitu Mariah Carey dan Nicki...

Pemandu Teksi Dibunuh Di...

KOTA BHARU - Seorang pemandu teksi warga emas mati ditikam dalam kejadian di...

Minta Rasuah Daripada Penyeludup...

KANGAR - Seorang anggota risik Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Padang Besar disyaki meminta...

Pekerja Hotel Mengaku Salah Cederakan Rakan

TAIPING – Seorang pekerja hotel mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan ketika merompak rakan setugasnya bulan lepas.

Muhamad Bunyamin Abdullah, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail yang kemudian menetapkan 18 April ini untuk menjatuhkan hukuman.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhamad Bunyamin didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Norhasmida Abdullah, 23, di Hotel Golden Roof, Jalan Tupai di sini pada 20 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun, denda dan sebat.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahamadun.


Dalam kejadian 5.35 pagi itu, tertuduh yang merupakan pekerja bahagian pembersihan telah memukul Norhasmida, petugas kaunter pendaftaran hotel itu, sehingga cedera.

Dia juga kemudian bertindak membakar sebuah stor yang terletak di aras satu premis berkenaan. – BERNAMA

Kategori