Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita 20-an Mati Tergantung...

ALOR GAJAH - Seorang wanita ditemui mati tergantung di dahan pokok getah di...

Pelayan Wanita Berseluar Dalam...

PASTI ramai yang teruja melihat sebuah kafe yang dipenuhi dengan pelayan-pelayan wanita seksi...

Empat Sekeluarga Serumah Boleh...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan kenderaan persendirian membawa maksimum empat penumpang, dengan syarat...

Malaysia Termasuk Negara Terpantas...

KUALA LUMPUR - Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja...

Pekerja Hotel Tumbuk Kepala Isteri Dipenjara

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang menumbuk kepala isterinya setelah mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain, dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja sebuah hotel, Alias Ambo, 38, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan kepada Andi Hartina Andi Anwar, 39.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 9 April lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah flat DBKL di Jalan Loke Yew di sini pada 5 petang, 9 April lepas, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan isterinya bertengkar setelah dia mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Tertuduh telah menumbuk kepala isterinya sebanyak dua kali menyebabkan wanita itu membuat laporan polis.


Terdahulu, ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menyara isterinya yang tidak bekerja dan tiga anak termasuk dua daripadanya mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan rawatan.

“Minta ringankan hukuman saya…saya janji tak lakukan lagi,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norelynna Hanim Abd Halim bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana sebagai suami, dia seharusnya melindungi isteri dan tidak sesekali menggunakan kekerasan fizikal. – BERNAMA

Kategori