Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Guru Bebas Tuduhan Miliki...

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang...

Penganggur Tak Mengaku Rompak...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Kompaun SPRM: 42 Individu,...

KUALA LUMPUR - Seramai 42 individu akan membuat laporan polis dan semakan kehakiman terhadap...

Carcosa Seri Negara Disewa...

KUALA LUMPUR - Carcosa dan Seri Negara disewa kepada sebuah syarikat sosial 100...

Pekerja Kedai Perkakasan Maut Jatuh Atas Lif

SEGAMAT – Seorang pekerja am di sebuah kedai perkakasan di sini maut dipercayai tergelincir sebelum terjatuh di atas sebuah lif mengangkut barang di kedai yang terletak di Kampung Abdullah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supt. Raub Selamat berkata mangsa, Husin Selamat, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala ekoran terhantuk pada kabinet besi dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.34 pagi.

“Mangsa yang baharu dua bulan bekerja di situ, dipercayai naik ke tingkat satu kedai berkenaan untuk mengambil barang dan mengisi ke dalam lif barang sebelum dibawa ke bahagian bawah.

“Setelah mengisi kesemua barang dan menurunkan lif tersebut, mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh di atas lif itu sebelum melantun pula ke atas kabinet besi yang berada di sebelah pintu lif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata seorang kerani di kedai itu terdengar bunyi seakan benda jatuh sebelum menemukan mangsa yang tertiarap di atas kabinet terbabit.

Raub berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihaknya mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit.


Katanya, mayat telah di hantar ke Hospital Segamat, di sini untuk bedah siasat.

Menurut beliau, kedai berkenaan mula beroperasi sejak 2011, manakala mangsa yang berasal dari Felda Redong 1 mula bekerja di situ pada Februari lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

Kategori