Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Zahid Lakukan Lawatan Kerja...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan...

Lori Tangki Minyak Terbalik...

SIBURAN - Sebuah lori tangki minyak dipercayai hilang kawalan lalu terbalik dan menyebabkan...

Pengilang, Pengimport Pelitup Muka...

PUTRAJAYA - Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat perakuan dan...

33 Pendeposit TH Hilang...

BANGI - Tiga puluh tiga pendeposit Tabung Haji (TH) kehilangan peluang menunaikan haji...

Pekerja Ladang Didakwa Bunuh Rakan Serumah

TEMERLOH – Seorang pekerja ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dakwaan membunuh rakan sekerja dalam kejadian yang didakwa berpunca kerana mangsa masak tidak sedap.

Mohamad Rosli Naqur Gani, 35, yang berasal dari Perak dengan tenang menyatakan dia faham akan pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Tertuduh didakwa membunuh R. Devadas, 60, antara 1.50 hingga 11.20 pagi, 17 April lalu di rumah tidak bernombor di Estet Chuan Leng Rubber Estate, Bellenggu Halt, Mentakab dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiyah Nik Soupy dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan pihak pendakwaan dan tertuduh tidak diwakili peguam.


Najwa menetapkan 1 Jun ini sebagai sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan laporan kimia dan laporan perubatan.

Pada 17 April lalu, media melaporkan seorang pekerja ladang, maut dibunuh rakan serumahnya selepas suspek menegur mangsa yang dikatakan memasak secara tidak bersih dan tidak sedap.

Teguran itu didakwa menyebabkan mangsa tidak berpuas hati dan dalam perselisihan itu, mangsa ditendang, ditumbuk dan dipukul dengan menggunakan kayu dan parang sebelum mayatnya ditemui tertiarap di hadapan pintu bilik rumah itu. – BERNAMA

Kategori