Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Zainal Abidin Punya ‘Aura’...

MELAKA - Kredibiliti dan pengalaman luas dalam mengendalikan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M)...

Kampung Baru Perlu Dipertahan...

KUALA LUMPUR - Kampung Baru di sini yang menjangkau usia 118 tahun perlu...

Pengurus Pusat Hiburan Mati...

PETALING JAYA - Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas ditetak dengan parang...

Anak Mat Sabu Kena...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan...

Pelajar UniMAP Maut Terjatuh Dari Tingkat 7

PADANG BESAR – Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbunuh setelah dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan Kolej Kediaman Pelajar Kampus Uniciti Alam, Sungai Chuchuh di sini, tengah hari ini.

Goh Xin Li, 21, pelajar tahun satu bidang ‘Machining’ kampus tersebut, meninggal dunia di tempat kejadian, kata Ketua Polis Perlis Datuk Ab Rashid Ab Wahab.

Beliau berkata pelajar dari Pulau Pinang itu dilaporkan cuba memasuki rumah yang didiami bersama tujuh lagi rakannya melalui beranda untuk mengambil kunci rumah yang tertinggal di dalam biliknya dan dipercayai tergelincir lalu terjatuh.

Mayat pelajar itu ditemui tertiarap di atas lantai oleh seorang pelajar lagi UniMAP, Soon Pau Hong, 23, yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, kata Ab Rashid kepada pemberita di sini.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal yang ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan UniMAP yang membuat pemeriksaan sebelum mayat mangsa dihantar ke HTF untuk dibedah siasat.


Katanya keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“UniMAP akan membantu menguruskan mayat Xin Li termasuk menghantar ke Pulau Pinang,” kata Zul Azhar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

Kategori