Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Maszlee Enggan Ulas Biasiswa,...

PUTRAJAYA - “Najib curi duit rakyat,” demikian jawapan ringkas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee...

Ini Bukti Tol Selama-Lamanya...

Lid tanya dari mana saya dapat maklumat bahawa rancangan PH adalah untuk kutip...

Salleh Lancar Kelab Sahabat...

KOTA KINABALU - Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini...

Akan Panggil Ketua Ajaran...

KOTA KINABALU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat berkaitan ajaran Perjalanan...

Pelantikan Hishammuddin Dapat Sokongan Penuh

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri mendapat sokongan penuh jemaah menteri, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata semua menteri kabinet, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan sokongan terhadap pelantikan itu yang dibincangkan pada mesyuarat kabinet Rabu lepas.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO sekaligus menolak spekulasi pelantikan itu berkaitan dengan perdana menteri, timbalannya atau pemilihan UMNO yang akan datang.

“Pelantikan ini juga disambut baik kerana UMNO memerlukan kepimpinan kanan yang kuat dalam kerajaan selain sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Hishammuddin itu.

Pelantikan Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan selaku Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, diumumkan perdana menteri menerusi satu kenyataan Rabu lepas.


Menurut Najib, pelantikan itu akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.

Khairy juga berkata pelantikan Hishammuddin turut mendapat reaksi positif daripada akar umbi. – BERNAMA

Kategori