Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bank Diarah Serah Wang...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad...

Warga Hong Kong Wajib...

HONG KONG – Satu rang undang-undang kontroversi dibentangkan kepada ahli-ahli Majlis Perundangan Hong...

Kini Anda Boleh Merasai...

SEBELUM melawat ke sebuah tempat, biasa kita akan melakukan carian Google tentang keadaan...

Viral Sebuah Gambar Ikan...

Seorang jurugambar ,tertangkap gambar seekor ikan kecil berenang di dalam obor-obor di pantai timur...

Pemain N.Sembilan Mesti Ada Mentaliti Kemenangan

SEREMBAN – Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan setiap pemain skuad Rusa supaya mempunyai mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan bagi memastikan kejayaan milik mereka.

“Kalau ada mentaliti untuk menang…InsyaAllah (kita boleh mencapai kemenangan). Jangan kita hidup ini berasa selesa, sebaliknya mesti sentiasa mahu berjaya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjelang perlawanan suku akhir kedua antara Negeri Sembilan dan Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, malam esok.

Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 1 April lepas, Sabah tewas 0-1 kepada juara dua kali Piala FA, Negeri Sembilan di gelanggang sendiri ​​menerusi jaringan pemain import pasukan pelawat dari Montenegro, Marko Simic pada minit ke-26.


Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut mengingatkan pemain supaya menganggap setiap perlawanan itu sebagai pentas akhir kerana matlamat skuad Rusa ialah untuk muncul juara.

“Saya doakan Negeri Sembilan menang pada perlawanan suku akhir kedua itu. Kita jangan mudah selesa…bermain dengan baik kerana setiap perlawanan berbeza,” katanya. – BERNAMA

Kategori