DASAR pemalas. Seorang wanita yang juga pengganggur sanggup meminta derma daripada laman web GoFundMe semata-mata mahu membeli makanan segera dan alkohol.
Tyler Jane Laurie, dari Toowoomba, Queensland, telah menjadikan GoFundMe, yang ditubuhkan untuk membantu golongan yang memerlukan, bagi meminta wang dengan sasarannya adalah sebanyak RM100.
Dia menggunakan tema kempen ‘Need some Maccas and vodka’ dan ia dimuatnaik Mac lalu.
“Saya sangat terdesak. Saya tidak bekerja dan saya tahu ini adalah perbuatan pentingkan diri tetapi saya amat mahukan makan itu dan kemudian menjadi mabuk.
“Tolonglah jadi orang yang murah hati dengan memberikan saya sumbangan itu kerana saya amat memerlukannya,” katanya.
Namun tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan kepada si pemalas sepertinya. – MYNEWSHUB.CC