Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Extrema Bakal Menjadi SUV...

BEBERAPA keping gambar yang didakwa sebagai model kenderaan utiliti sport (SUV) pertama dari...

Ah Beng Biadap Hina...

Nampaknya kes Ah Beng meraung lepas dijatuhi hukuman penjara setahun kerana menghina Nabi...

Jangan Ambil Mudah Kemunculan...

KOTA KINABALU - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengingatkan anggota pergerakan itu...

Jemput Semua Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menggesa penganut Hindu di...

Pemandu Lori Maut, 2 Kelindan Cedera Di LPT 2

KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu lori maut manakala dua kelindan cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke sebelah kiri jalan di Kilometer 393.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) arah Bukit Besi-Ajil, dekat sini, hari ini.

Dalam insiden kira-kira pukul 8 pagi tadi, mangsa, Razali Ahmat@Sebulik, 39, maut di tempat kejadian manakala Mohd Faizul Mahpan, 43, dan Mohd Hafiz Tahir, 36, mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Pemandu Lori Maut, 2 Kelindan Cedera Di LPT 2

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian kesemua mangsa yang berasal dari Johor itu dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menghala ke Ajil.

“Sejurus tiba di tempat kejadian pemandu lori itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat manakala mangsa cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama. – BERNAMA

Kategori