Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Komited Bina Lebih...

GEORGE TOWN - Kerajaan komited dan akan terus memberikan tumpuan dalam menyediakan lebih banyak...

Perluas Program ‘Satu Daerah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan sedang berusaha membawa produk-produk daripada program Satu...

Amaran Ribut Petir Di...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lima buah...

Julia Roberts Dinobat Wanita...

PELAKON Pretty Woman, Julia Roberts baru-baru ini dinamakan sebagai Wanita Tercantik Dunia 2017...

Buka 24 Jam Akan Lonjak Kemajuan Padang Besar

KANGAR – Pembukaan pintu sempadan selama 24 jam akan membantu melonjak kemajuan Padang Besar yang diwartakan sebagai Bandar Perdagangan Sempadan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Sambil menyatakan sokongannya terhadap cadangan itu, Azlan berkata banyak perkara perlu diambil kira dan dipertimbangkan oleh kerajaan antaranya tenaga kerja, persediaan dan terpenting soal keselamatan.

“Dari segi sosioekonomi, pelanjutan masa operasi memberi impak besar terhadap rancangan menjadikan Padang Besar hab logistik terkemuka,” katanya kepada pemberita semasa persidangan Dewan Undangan Negeri berhenti rehat di sini, hari ini.

Padang Besar diwartakan sebagai Bandar Perdagangan Sempadan dalam Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030.

Azlan juga mahu kerajaan mengkaji untuk menyeragamkan masa operasi atau pembukaan semua pintu sempadan di seluruh negara kerana ada yang hanya dibuka 12 jam, 16 jam dan 24 jam.

Sebelum itu, ketika menjawab soalan lisan Datuk Ismail Kasim (BN-Tambun Tulang), Azlan berkata kemudahan fisikal Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ Padang Besar perlu dinaik taraf terlebih dahulu jika operasi pintu sempadan hendak dibuka 24 jam.

Ismail bertanya mengenai langkah dan tindakan kerajaan negeri menjadikan Padang Besar sebagai hab logistik lengkap dan penting di wilayah utara setelah pembinaan landasan keretapi berkembar siap pada awal 2015.


Menurut Azlan penambahbaikan ICQ tersebut dan terminal keretapi Padang Besar akan menaikkan imej Padang Besar selain meningkatkan kemasukan pengunjung yang memanfaatkan sektor pelancongan dan perdagangan.

“Landasan keretapi berkembar melalui perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) ke Padang Besar telah meningkatkan purata daripada 4,000 orang pada tahun 2015 kepada 7,000 orang sebulan pada 2016,” kata Azlan.

Katanya kerajaan negeri turut menimbang beberapa cadangan selain pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Pelabuhan Darat Perlis (PIP), menaik taraf Terminal Kargo Padang Besar, kemudahan jalan masuk ke Halal Park dan landasan udara sebagai pelengkap pembangunan Padang Besar menjelang tahun 2030.

Menjawab soalan Chan Ming Kai (PKR-Indera Kayangan) mengenai jumlah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dibayar oleh syarikat-syarikat subsidiari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Azlan berkata sembilan syarikat telah membayar RM1,043,903 pada tahun lepas. – BERNAMA

Kategori