Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Peruntuk RM565 Juta...

JOHOR BAHRU - Kerajaan memperuntuk RM565 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Negara bagi...

Fenomena Air Pasang Besar:...

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan ikan mencukupi...

PPK Beseri Guna RM500,000...

PADANG BESAR - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beseri akan menggunakan peruntukan sebanyak RM500,000...

Acer Iconia Tab 7:...

Bolehkah anda membayangkan gabungan telefon pintar dan sebuah tablet kecil?Ya, Acer Iconia Tab...

Pemilik Permit Senjata Api Wajib Mohon Kad Senjata

PUTRAJAYA – Semua pelesen dan pemilik permit senjata api diwajibkan memohon kad senjata bermula 1 Jun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kad yang akan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah penambahbaikan kepada buku senjata sedia ada bagi memudahkan pengenalan pemilik lesen dan permit senjata api.

Menurutnya kad itu memiliki beberapa ciri keselamatan seperti tandatangan Ketua Polis Negara, gambar pemilik, nombor MyKad pemilik, kategori lesen atau permit dan maklumat senjata api.

“Ia bukan sahaja melibatkan pemilik individu, tetapi juga syarikat keselamatan. Ia perlu diperbaharui setiap tahun,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Katanya permohonan kad yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pelesenan Senjata (Pindaan) 2016 dan Peraturan-Peraturan Senjata (Pindaan Jadual Kedua) itu boleh dilakukan di ibu pejabat polis daerah (IPD) seluruh negara, dengan mengisi Borang 3A (Permohonan Kad Senjata) semasa permohonan pembaharuan lesen senjata api dilakukan.

Ditanya sama ada kad senjata itu diperkenalkan susulan kejadian kehilangan senjata api milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata perkara itu telah dirancang sejak dua tahun lepas bagi menggantikan sistem manual sedia ada yang tiada ciri-ciri keselamatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang turut serta dalam sidang media itu berkata, semua 26 laras senapang patah milik RELA Selama, Perak yang hilang sebelum ini telah ditemui semula.


Bagaimanapun, katanya, tiada tangkapan baharu dibuat dan jumlah suspek kekal 14 orang setakat ini.

“Kita dapat semua senjata api yang telah dijual itu. Tiada pertambahan suspek,” katanya.

Sebelum ini, sebanyak 26 laras senapang patah milik RELA Selama dilaporkan hilang dari stor RELA Wilayah Utara Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Kegiatan itu terbongkar selepas Unit Penguat Kuasa Lesen Senjata Api Agensi Kerajaan, Urus Setia Ketua Polis Negara (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, melakukan pemeriksaan dan audit di Pusat Latihan RELA, Wilayah Utara (PLRWU) di Sungai Petani.

Seramai 14 suspek telah ditahan berhubung kejadian itu termasuk seorang pegawai RELA dari Selama yang dipercayai dalang kejadian itu. – BERNAMA

Kategori