Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pelajar Bakal STPM Ditahan...

IPOH – Seorang pelajar tingkatan enam ditahan kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan...

Rumah Anak TPM Dirompak...

RUMAH anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurulhidayah...

KKM Sahkan 2 Korban...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) menjadikan...

113 Produk Kesihatan Tidak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 113 produk kesihatan bernilai RM2.48 juta dirampas tahun lepas...

Penetapan Kadar Minimum Tambah Nilai TnG Ditangguh

KUALA LUMPUR – Syarikat konsesi lebuh raya diarah menangguhkan penetapan kadar minimum RM30 bagi tambah nilai kad Touch n’ Go di plaza tol supaya tidak membebankan pengguna, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menarik perhatian bahawa cadangan diusulkan Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) itu bertujuan mengatasi masalah kesesakan di lorong tambah nilai plaza tol terutama di waktu puncak.

“Kementerian telah mengarahkan syarikat konsesi menangguhkan inisiatif yang dicadangkan ini dan mencari kaedah lain dalam mengatasi masalah kesesakan yang berlaku.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap beban yang terpaksa ditanggung pengguna termasuk kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua pihak,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Shahanim Mohamad. – BERNAMA

Kategori