Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kandungan Kargo Bukan Punca...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyangkal dakwaan kononnya kandungan kargo berbahaya yang dibawa pesawat...

Najib Dedah Soalan Mahu...

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan soalan-soalan yang...

Murid Pra Sekolah Cedera...

SEREMBAN - Seorang murid pra sekolah di Taman Tasik Jaya cedera akibat dicampak...

Ezany Nizariff Mahu Berubah,...

EZANY Nizariff sebelum ini pernah terlepas penerbangan ke Kuala Lumpur dari Kangar dan...

Pengarah Sukan JDT Kritik Program NFDP

KUALA LUMPUR – Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengkritik penganjuran pertandingan bola sepak dibawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang disifatkan tidak mencapai tahap profesional.

Pengarah Sukannya, Alistair Edwards mendakwa, beliau menerima aduan jurulatih JDT dari Akademi Valencia bahawa tidak ada pengadil, garis padang hanya ditandakan dengan kon, tidak ada tempat teduhan untuk pemain dan sepak mula tertangguh tanpa alasan dalam pertandingan itu.

“Hari ini kami (JDT) memulakan penyertaan dalam program B-12 dan B-13 di bawah naungan NFDP. Walaupun ia bertujuan baik untuk pasukan Akademi JDT kami mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermakna ini tetapi kami di JDT kecewa.

“Ini adalah sangat berbeza dengan apa yang kita sudah biasa lakukan di JDT. Ia mengenai tahap profesionalisma dan walaupun saya menyedari bahawa ia pertandingan pertama untuk musim 2017, saya benar-benar berharap organisasi ini boleh dinaikkan kepada tahap yang sesuai untuk manfaat pemain dan pegawai pasukan yang mengambil bahagian bagi perlawanan yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini mengumumkan beliau mahu mengambil alih semua program pembangunan bola sepak termasuk NFDP oleh KBS selepas beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagaimanapun baru-baru ini membayangkan NFDP akan terus diuruskan pihaknya, namun memaklumkan bersedia membantu dan bekerjasama dengan FAM demi memartabatkan bola sepak tanah air. – MYNEWSHUB.CC

Kategori