Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Hotel 4 Bintang Rugi...

KUANTAN - Sebuah hotel empat bintang di Sungai Karang di sini kerugian sebanyak...

GINTELL DeSpace Royale Blue,...

HOW would you like to rest, relax and recuperate in luxury, while experiencing...

Bekas Pengerusi Agensi Kerajaan,...

PUTRAJAYA - Seorang bekas pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk direman selama empat hari...

Ronaldinho Bebas Dari Penjara,...

ASUNCION - Hakim, Gustavo Amarilla memerintahkan legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho serta abangnya...

Peniaga Dibelasah Selepas Tegur Pelajar Ponteng

BERANG selepas ditegur ponteng sekolah, seorang pelajar bertindak ‘samseng’ membelasah peniaga di sebuah pusat beli-belah di Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, pelajar terbabit yang memakai pakaian sukan sekolah di Gombak berwarna merah dikatakan ditegur oleh peniaga kerana ponteng sekolah.

Difahamkan, berang dengan tindakan peniaga itu, dia memanggil beberapa rakannya dari Taman Melati, Gombak untuk membelasah peniaga tersebut hingga tidak sedarkan diri.

Turut dimuat naik gambar pelajar berkenaan dan dua lagi remaja dalam keadaan bergari di samping dua anggota polis serta keadaan peniaga yang terbaring di kedainya.

Peniaga Dibelasah Selepas Tegur Pelajar Ponteng

Perkongsian gambar tersebut mendapat kritikan netizen dan ada yang meluahkan rasa kebimbangan mereka dengan kelakuan pelajar sekolah sekarang yang semakin samseng.

“Hurmm.. Tak tau nak kata apalah dengan bebudak skang nih.. Kecik-kecik lagi dah nak tunjuk samseng. Buat malu mak bapak jew korang nih.. Tau lah nasib korang kat dalam tu nanti. Baru korang tau tinggi rendah nyer langit,” tulis Rieky Irwan Syah

Netizen turut mahukan pelajar terbabit dikenakan tindakan sewajarnya dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting supaya dapat membanteras budaya samseng ini daripada terus ‘merebak’ dalam diri remaja masa kini.


Sementara itu, polis daerah Wangsa Maju menahan dua lelaki berusia 20 dan 23 tahun selepas dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Difahamkan, kejadian yang barlaku pada 19 April lalu kira-kira jam 11.15 pagi apabila peniaga kedai makan diserang selepas mangsa membantu membuat tangkapan pelajar ponteng di pusat membeli belah tersebut.

Suspek dikatakan menyerang mangsa menggunakan kerusi sebelum orang ramai membantu meredakan keadaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori