Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Torres Bakal Tinggalkan Atletico...

FERNANDO Torres merancang untuk meninggalkan kelab sebaik sahaja kontraknya tamat musim ini. Penyerang Atletico...

Sultan Ibrahim Dukacita Ada...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berdukacita dengan tindakan segelintir...

SKMM Nafi Buang ‘O’...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak pernah mengarahkan penyedia platform...

Rakyat Terlibat IS Dikenakan...

ROMPIN - Rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan militan IS di Syria yang...

Penjual Karpet Mengaku Bersalah Cuba Sogok Polis

ALOR SETAR – Seorang penjual karpet hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba memberi suapan sebanyak RM100 kepada seorang anggota polis di Kulim, minggu lepas.

Tertuduh, Jaibim Daggar, 53, yang berketurunan Pakistan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan, Jaibim dari Kampung Sungai Seluang, Lunas, didakwa memberikan suapan wang tunai itu kepada Lans Koperal Mohd Wira Romli yang bertugas di Balai Polis Kulim Hi-Tech Park sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadapnya.

Tertuduh ditahan atas kesalahan memandu kereta Perodua Kancil nombor pendaftaran KBN5034 tanpa lesen dan tidak memakai tali pinggang keledar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 10.45 pagi di Jalan Kulim-Mahang berhampiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang MBR, Kulim, 3 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta yang sama.


Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan Isnin depan untuk menjatuhkan hukuman dan tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin. – BERNAMA

Kategori