Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

UMNO Berpecah Lagi Jika...

JOHOR BAHRU : Ahli akar umbi UMNO tidak perlu menjadikan kegagalan parti itu...

Polis Nafi Tentera Berkawal...

SANGKAL.... Polis Putrajaya menafikan penularan gambar yang memaparkan sejumlah kenderaan tentera berkawal di...

Dilema Sokongan Bersyarat Belanjawan...

KUALA LUMPUR - Apabila ada pihak-pihak yang meletakkan syarat untuk menyokong Belanjawan 2021,...

Warga Emas Ditemukan Mati...

MELAKA - Seorang wanita warga emas ditemukan mati dipercayai disamun di rumahnya di...

Lagi Didakwa Miliki Barangan Berunsur Pengganas Daesh

KUALA LUMPUR – Seorang penolong pegawai perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki barangan berunsur kumpulan pengganas Daesh pada Isnin lepas.

Khairul Azhar Hasan, 36, hanya mengangguk sebagai tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Mahkamah menetapkan 9 Jun untuk sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa memiliki bahan-bahan yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas Daesh dalam akaun ‘Facebook’ milik tertuduh atas nama ‘Khairulazhar Hassan’.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 24, Bahagian E8 Cawangan Khas, Bukit Aman, di sini pada 12.20 tengah hari, 3 April lepas.


Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda dan dilucut hak mana-mana bahan-bahan terbabit, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Nor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori