Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Wanita Terkejut Doktor Yang...

WANITA ini, Anastasia telah diserang dengan ganas di sebuah kelab malam hingga memaksanya...

Pemandu Kereta TAC 6688...

Sungai Petani : Polis sedang mengesan pemandu Proton Wira Aeroback yang dipercayai terbabit...

Nikah Esok, Ummi Nazeera...

KURANG 24 jam menjelang hari bahagianya, pelakon Ummi Nazeera mengakui dia amat berdebar...

Pembunuh Baby Zara Kekal...

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas tukang gunting...

Penulis Novel Saman Ziela Jalil RM10 Juta

PENERBIT drama, Datuk Ziela Jalil yang berjaya ‘menawan’ hati penonton menerusi drama bersiri popular 7 Hari Mencintaimu disaman seorang penulis novel atas dakwaan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi novelis tersebut.

Harian Metro melaporkan, Siti Rosmizah Semail yang juga seorang peguam memfailkan saman itu terhadap Ziela atau nama sebenarnya Norlizah Abdul Jalil melalui Tetuan Chambers of Rafie Mohd Shafie & Associates, di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Penulis novel 7 Hari Mencintaimu itu menuntut ganti rugi RM10 juta susulan Siti Rosmizah sebagai plaintif mendakwa pada 9 Februari dan 10 April lalu, Ziela sebagai defendan memuat naik, menyiarkan, menyebarkan dan menghebahkan kenyataan fitnah di laman sosial Instagram miliknya.

Plaintif juga mendakwa pihak defendan memberi kenyataan memfitnah yang diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, sisipan Pancaindera, pada 16 April lalu.

Berdasarkan penyata tuntutan, plaintif menuntut injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya daripada sebarang medium, selain ganti rugi khas, am, teladan, faedah dan kos. – MYNEWSHUB.CC

Kategori