Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang Di...

KUALA TERENGGANU - Amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Terengganu dijangka...

7 Identiti Kru Kapal...

MUAR — Identiti tujuh daripada sembilan mangsa yang dipercayai kru kapal korek pasir...

PM Luxembourg Pemimpin Ke-2...

LUXEMBOURG- Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel pada Jumaat selamat mengahwini pasangan gaynya sekali gus...

Video: Maut Dirempuh Hingga...

SEORANG penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan selepas terseret sejauh 50 meter dalam...

Penyelia Selenggara Bangunan Maut Jatuh Aras 14

KOTA KINABALU – Seorang penyelia selenggara bangunan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kampung Nounton, Inanam dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Supt George Abd Rakman berkata dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa Wong Vee Au, 35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan patah tangan kanan.

George berkata kejadian itu disedari oleh beberapa pekerja pengubah suai rumah di lokasi terbabit selepas mendengar jeritan mangsa.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di tingkat tiga bangunan pangsapuri berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang bertugas sebagai seorang penyelia kontrak kerja penyelengaraan bangunan itu sedang melakukan kerja seorang diri di tingkat 14 sebelum dilaporkan terjatuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


George berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut selain tiada unsur-unsur jenayah dilaporkan berlaku. – BERNAMA

Kategori