Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mahathir Seperti Hilang Arah,...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti hilang arah sejak kebelakangan ini dan...

Kanak-Kanak 10 Tahun Maut...

KUALA PILAH - Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun ditemui rentung selepas terperangkap di...

Anifah Bertemu Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bertemu rakyat Malaysia, Richard Lau,...

PRN Johor: DAP Yakin...

KULAI – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yakin perselisihan antara rakan parti...

Perak Kenal Pasti Pegawai Bocor Dokumen MB Inc

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata pihaknya akan mengenal pasti pegawai kerajaan yang membocorkan dokumen rasmi Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak kepada pembangkang.

Beliau berkata tindakan itu perlu kerana penjawat awam sepatutnya bertanggungjawab melindungi dan menjaga rahsia kerajaan seperti termaktub di dalam Akta Rahsia Rasmi.

“Bukan soal takut dan mahu melindungi perkara yang salah…tetapi setiap kakitangan awam bertanggungjawab untuk menjaga setiap dokumen kerajaan.

“Saya simpati kepada mereka dituduh begitu, oleh itu menjadi tanggungjawab saya pula mencari siapa (bertanggungjawab),” katanya pada sesi penggulungan Titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nga Kor Ming (DAP-Kepayang) yang mempersoal prestasi MB Inc dan mendakwa memperoleh dokumen rasmi perbadanan itu daripada pegawai kerajaan.

Mengulas mengenai MB Inc, Zambry berkata tindakan pembangkang adalah keterlaluan apabila menggambarkan seolah-olah perbadanan itu terlibat dalam pelbagai skandal dan mengandaikan ia lebih teruk daripada 1MDB.

Menurutnya pembangkang juga sering mendebatkan isu MB Inc dan mengulangi kenyataan yang sama di dalam persidangan DUN.


“Jika mereka memberi pandangan mengenai tadbir urus MB Inc, kita terima tetapi ini lebih kepada kebencian terhadap MB Inc.

“Saya tertanya-tanya apa sebenarnya di belakang kotak fikirnya (pembangkang)…mungkin mereka ada sesuatu agenda,” kata Zambry yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor.

Sementara itu, Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata pembangkang seharusnya gembira kerana sejak MB Inc aktif semula pada 2014, perbadanan itu telah meningkatkan hasil royalti pasir.

“MB Inc berjaya mengurangkan ketirisan pasir yang teruk sebelum ini manakala pengusaha pasir haram berjaya ditangani,” katanya sambil menyuarakan rasa musykil dengan niat sebenar pembangkang terhadap MB Inv. – BERNAMA

Kategori