Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PU Syed Tidak Putus...

FENOMENA... Seakan-akan menjadi trend apabila netizen berlumba-lumba melemparkan kecaman menerusi komen yang dilayangkan...

Jurulatih Bola Sepak Direman...

SEREMBAN - Seorang ketua jurulatih bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan...

Wakil Rakyat Bawa ‘Ayam...

IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini mencuri tumpuan apabila Ahli...

16 Koperasi Rukun Tetangga...

LANGKAWI - Sebanyak 16 koperasi Rukun Tetangga akan ditubuhkan tahun ini sebagai strategi...

Perak Terima Pelaburan RM3.9 Bilion Pada 2016

IPOH – Perak menerima pelaburan bernilai RM3.9 bilion membabitkan 55 projek bagi tempoh sepanjang tahun lepas yang melebihi sasaran pertumbuhan purata ditetapkan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah, jumlah itu merupakan pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi negeri berkenaan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 71.8 peratus melibatkan pelaburan domestik manakala 28.2 peratus adalah pelaburan asing, titah baginda.

“Berdasarkan sasaran Pelan Tindakan Pembangunan Perindustrian Perak, jumlah kemasukan pelaburan pada tahun 2016 itu melebihi sasaran pertumbuhan purata sebanyak 7.1 peratus,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Selain itu, baginda bertitah SME Corp Malaysia pula terlibat untuk melaksana, menyelaras dan bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi membantu membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Perak.


“Sepanjang tahun lepas, SME Corp Malaysia membantu hampir seramai 39,979 usahawan dan bakal usahawan PKS di Perak,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) juga telah menerajui sektor pembangunan mineral secara berhemah, mengurus aset negeri secara cekap, membangunkan semula tapak bekas lombong dan memulihara warisan perlombongan.

“Pelan Tindakan Pembangunan Mineral Negeri Perak yang diuruskan oleh MB Inc juga telah menarik minat negeri lain untuk mempelajari keberkesanan strategi dan pengurusan mineral yang diperkenalkan di negeri ini,” titah baginda. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIDA

Kategori