Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Akan Perolehi Vaksin...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menandatangani kontrak pemerolehan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dari...

Sambutan Hari Peneroka Felda...

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Peneroka FELDA Kebangsaan ke-60 yang bertema 'Ekspresi Felda Negaraku...

Gmail, Google Drive Hadapi...

KUALA LUMPUR - Pengguna Google dari seluruh dunia dilaporkan kini berhadapan masalah untuk...

SOP Baharu Tangani Isu...

KLANG - Satu prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dirangka dalam masa terdekat...

Perak Terus Catat Kemasukan Pelaburan

IPOH – Perak berada di kedudukan kelima dari segi pencapaian kemasukan pelaburan di Malaysia bagi 2017 setakat ini dan pada masa sama nilai pelaburan yang direkodkan terus meningkat setiap tahun, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau sekali gus menyangkal dakwaan pihak pembangkang kononnya pelabur enggan hadir menanam modal di negeri itu.

Katanya, pada 2015, Perak menerima pelaburan bernilai RM3.8 bilion, mengatasi sasaran tahunan sebanyak RM2.71 bilion.

“Bagi 2016 pula, sebanyak RM3.9 bilion direkodkan, juga melebihi sasaran RM2.9 bilion yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini, hari ini.

Zambry berkata, semua pelaburan itu telah dilaksanakan dan beroperasi antaranya pembesaran kilang pembuatan sarung tangan getah, Central Medicare Sdn Bhd di Kg Selabak, Changkat Jong serta perluasan kilang pembuatan peralatan perubatan berasaskan getah, Teleflex Medical Sdn Bhd di Kamunting.


Beliau berkata, kerajaan negeri melalui InvestPerak sentiasa mengambil langkah untuk menarik pelabur dari dalam dan luar negara sejajar dengan saranan Pelan Tindakan Pembangunan Perindustrian Negeri Perak (PIDAP).

Katanya, langkah lain termasuk mengenal pasti sektor industri dan pelabur baharu seperti industri peleburan besi waja, pembentukan logam, pembuatan komponen aeroangkasa, industri berkaitan peralatan perubatan serta pembuatan komponen industri tenaga.

“Kerajaan negeri juga menggalakkan pembesaran operasi industri sedia ada dengan penggunaan teknologi baharu di samping penglibatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan,” katanya. – BERNAMA

Kategori