Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Yaman Berdepan Ancaman Kebuluran

NEW YORK - Yaman bakal berdepan ancaman kebuluran besar-besaran yang akan memberi kesan...

Kilang Penapis Gula Terbesar...

JEMPOL - Pembinaan sebuah kilang penapis gula terbesar Malaysia di Tanjung Langsat, Johor...

AMK Dakwa Perhimpunan #KitaLawan...

KUALA LUMPUR - Meskipun tidak mendapat sambutan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) tetap menganggap...

3 Pendaki Terkandas Di...

KULIM - Seorang daripada tiga pendaki yang keletihan semasa mendaki Gunung Bintang, dekat...

Persatuan Hokkien Kutuk Kerajaan, Kecam RUU 355

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) tidak akan menjadikan rakyat dan negara ini bertambah baik.

Ketua Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur, Robert Lua Khang Wei mendakwa kononnya ekonomi Malaysia sedang merosot menyebabkan majoriti rakyat sedang hidup dalam kemiskinan dan kesengsaraan.

Justeru, katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya memberi fokus terhadap nasib hampir seluruh rakyat Malaysia yang hidup dalam kesengsaraan waktu ini kerana tidak cukup makan.

“Kemerosotan ekonomi menyebabkan kebanyakan rakyat hidup dalam kemiskinan dan kesusahan sampai ibu terpaksa curi susu demi anak.

“Keadaan rakyat dan negara kita tidak akan bertambah baik dengan adanya RUU355 tanpa prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan ditanam dalam kalangan masyarakat dan negara,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Presiden PAS sebelum ini membentangkan RUU 355 di Parlimen bagi meminda akta berkaitan supaya fungsi Mahkamah Syariah dapat dipertingatkan terutama kadar hukuman ke atas pesalah syariah termasuk zina dan minum arak.


Usaha murni itu bagaimanapun dibantah hebat oleh parti sekular DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN).

DAP mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus pihak PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang kononnya kuno, bersifat zalim dan menindas di Malaysia.

Manakala sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 mengelirukan dan meresahkan bukan Islam di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori