Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peralihan Angin Monsun Punca...

KUALA LUMPUR - Hujan dan ribut petir yang berlaku di beberapa kawasan ketika...

Harga Rumah Untuk Warga...

KUALA LUMPUR - Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.Demikian perumpamaan...

“Peletakan Jawatan Saya Adalah...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menerima...

Tambah Hukuman Penjara Penguat...

KUALA LUMPUR - Seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa meringkuk...

Petugas KPDNKK Didakwa Terima Rasuah RM200

ALOR SETAR – Seorang pembantu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah, tiga tahun lalu.

Norzaishafril Shaffie, 37, membuat pengakuan itu dan meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di KPDNKK Kubang Pasu, didakwa menerima suapan wang tunai RM200 daripada Zafizah Zakaria, 40, di sebuah gudang minyak diesel di Kampung Remia Manis, Padang Terap pukul 4.32 petang, 24 Sept 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A. Hafiizh Abu Bakar menawarkan jaminan RM10,000. Bagaimanapun, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jumlah itu dikurangkan.


Norzaishafril memberi alasan bahawa wang simpanan yang ada tidak sampai RM2,000 malah ia perlu digunakan untuk perbelanjaan rawatan anaknya yang menghidap penyakit Glaucoma dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Isteri saya juga tidak bekerja dan perlu membawa anak kami ke Kuala Lumpur setiap bulan untuk mendapatkan rawatan,” katanya yang mempunyai dua anak.

Hakim kemudian menetapkan wang jaminan RM4,000 dan menetapkan 27 April ini sebagai tarikh sebutan kes. – BERNAMA

Kategori