Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Didenda RM2,500 Tawar...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada tiga anggota polis, seorang lelaki...

22 Maut Polis Tumpaskan...

KUMANOVO (Macedonia) - Polis Macedonia menumpaskan satu kumpulan pengganas etnik Albania dalam pertempuran...

Ku Chin Wah Didakwa...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku...

Penumpang Uber Parah Bertembung...

MELAKA - Seorang penumpang wanita yang menggunakan perkhidmatan Uber parah selepas Perodua Myvi...

PKPIM Saran Sekolah Satu Aliran Guna Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa kerajaan menyemak semula Akta Pendidikan 1996 dan hanya mewujudkan sekolah satu aliran di negara ini.

Presidennya, Muhammad Khair Sujud berkata, penubuhan sekolah satu aliran adalah relevan dan sesuai dilaksanakan dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

“Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bagi menyatu-padukan masyarakat majmuk di negara ini.

“Namun seharusnya dilaksanakan dengan menghormati sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Khair berkata, PKPIM membuat cadangan itu bagi mengangkat Falsafah Pendidikan Negara sebagai asas pelaksanaan sebarang dasar berkaitan pendidikan.


Cadangan untuk mewujudkan sekolah satu aliran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pernah dikemukakan pada tahun 2000.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat bantahan hebat pembangkang terutama DAP yang mahu sekolah jenis kebangsaan Cina dipertahankan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori