Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Camilla Kagum Saksi Persembahan...

GEORGE TOWN - Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama...

Utusan Melayu Dibenar Merayu...

PUTRAJAYA - Mahkamah rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa ahli politik tidak...

Melaka Syarat Syarikat Tambak...

MELAKA - Kerajaan negeri bercadang untuk mensyaratkan semua syarikat penambakan laut melakukan kerja...

Rasis…..Ahli Politik Bela Pelarian...

Seorang ahli politik Jerman yang aktif membantu pelarian, telah ditikam dan mengalami kecederaan...

PM Bentang BETR 2.0 Esok, Kukuh Ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera (BETR) 2.0 esok bagi memperkukuhkan lagi penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Najib berkata, satu daripada inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan adalah “Carve Out & Compete” iaitu pembahagian kira-kira 40 hingga 50 peratus kontrak, vendor atau peluang perniagaan dalam mana-mana projek besar diberikan kepada syarikat Bumiputera.

“Inisiatif ini membantu Bumiputera yang benar-benar berkelayakan untuk berjaya melalui persaingan yang sihat,” katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.

BETR di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) merupakan langkah penting kerajaan untuk memperkukuhkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara melalui penciptaan kekayaan dan penyertaan seimbang dalam guna tenaga di bidang bernilai tambah tinggi, serta pembangunan usahawan.

Dalam catatan itu, Perdana Menteri turut memuat naik infografik perkembangan pelaksanaan inisiatif “Carve Out & Compete” melibatkan ruang peruncitan di MRT Laluan 1.

Menurut infografik itu, setakat 28 Februari lepas, sebanyak 21 unit peruncitan atau 51 peratus daripada ruang peruncitan yang ditawarkan oleh MRT Corp telah diberikan kepada sembilan syarikat Bumiputera.


Manakala di sektor pembinaan, jumlah komitmen Carve Out adalah RM48.31 bilion daripada Kos Pembangunan Kasar sebanyak RM106.6 bilion.

BETR dilancarkan Perdana Menteri pada November 2011 dan menggariskan enam prinsip iaitu mesra pasaran, berasaskan keperluan, berasaskan merit, ketelusan, pro-pertumbuhan dan membina daya saing mampan.

Hasil maklum balas Makmal Indikasi BETR 2.0 baru-baru ini melihat kaedah memperluaskan lagi skop kementerian kepada bukan sahaja memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, malah meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam inisiatif kementerian berasaskan prinsip-prinsip BETR 2.0. – BERNAMA

Kategori