Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ada Kisah Lucu Di...

SEMUA maklum tugas sebagai menteri memang agak sibuk dengan jadual aktiviti padat terutama...

Perodua Masters: Iskandar, Joo...

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Soong Joo Ven...

Pengamal Media Terima Pingat...

SHAH ALAM - Enam pengamal media hari ini dikurniakan Pingat-Pingat Negeri Selangor sempena...

Kes Hilang Kabel: 2...

SEREMBAN - Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) direman enam hari bermula hari...

PM India Lancar Skim Penerbangan Tambang Murah

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi melancarkan satu skim bagi memberikan peluang rakyat menikmati perkhidmatan penerbangan tambang murah ke bandar kecil di seluruh negara, pada Khamis.

Skim dikenali UDAN atau “Ude Desh ka Aam Naagrik”. Di bawah skim itu bandar kecil akan dihubungkan dengan bandar besar melalui penerbangan murah menerusi dasar penerbangan pertama India yang dilancarkan pada Jun tahun lepas.

Ketika mengumumkan pelancarannya dalam siri tweet, Pejabat Perdana Menteri berkata, harga tiket penerbangan bagi perjalanan sejauh 500 km selama sejam dihadkan pada 2,500 rupee India (US$35) termasuk semua caj.

Sebanyak lima buah syarikat akan mengendalikan perkhidmatan penerbangan untuk 128 laluan yang akan menghubungkan 70 lapangan terbang di seluruh negara.

Syarikat itu ialah SpiceJet, Air Deccan, Turbo Megha, Air Odisha dan anak syarikat milik Air India iaitu Airline Allied Services.


Daripada 44 lapangan terbang, kerajaan India pada tahun lepas telah mengenal pasti 22 penerbangan yang boleh mula beroperasi.

Senarai itu termasuk Bhavnagar dan Jaisalmer di bahagian barat, Bhatinda dan Durgapur di timur sementara Gwalior di bahagian tengah India. – BERNAMA

Kategori