Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gadis Gelandangan Diselamatkan Di...

TANAH MERAH - Seorang gadis berusia awal 20-an diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)...

2 Remaja Hilang Jatuh...

ALOR SETAR - Dua remaja lelaki berusia 16 tahun hilang selepas terjatuh ke...

Jemaah Malaysia Terkandas Di...

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 800 jemaah dari Malaysia terkandas di Jeddah dan Madinah,...

Pengangur Curi Mainan Tranformers...

PETALING JAYA - Tindakan seorang lelaki yang mencuri set permainan 'Transformers' membawa padah...

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Kepada Masyarakat India

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat tahun baharu kepada masyarakat India di Malaysia yang menyambutnya.

“Selamat menyambut Tahun Baharu Chittirai dan Vishu serta perayaan Vaisakhi kepada masyarakat India yang menyambutnya,” kata Najib dalam catatan di laman Twitter.

Tahun baharu itu masing-masing diraikan oleh masyarakat Tamil, Malayali dan Sikh.

Selain itu, Najib mengucapkan tahniah kepada atlet berbasikal negara, Azizulhasni Awang yang buat pertama kali muncul sebagai jaguh keirin dunia di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong semalam.


“Juara Dunia Keirin 2017, #PocketRocketMan! Tahniah @AzizulAWANG menang Kejohanan Track Berbasikal di Hong Kong! #Kebanggaanku #Negaraku,” kata perdana menteri.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park. – BERNAMA

Kategori