Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

4,499 Murid Di Johor...

ISKANDAR PUTERI - Seramai 4,499 daripada 579,923 murid di negeri ini direkodkan sebagai...

Zaki Ketuai Mahkamah Tengah...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Malaysia, Tun Zaki Mohamed Azmi dilantik sebagai...

Malaysia Dipandang Tinggi Oleh...

KUALA LUMPUR - Malaysia dipandang tinggi oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai rakan dagang serta...

Thanabalan Enggan Berasa Selesa...

PETALING JAYA – Penyerang Negeri Sembilan, N. Thanabalan tidak mahu berasa terlalu selesa...

Polis Brazil Bantah Pembaharuan Umur Persaraan

RIO DE JANEIRO – Anggota polis Brazil berhimpun di hadapan bangunan Kongres kerana membantah langkah pembaharuan keselamatan sosial yang akan menangguhkan umur persaraan, agensi berita China Xinhua.

Tindakan itu menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara mereka yang berhimpun dengan pihak keselamatan bangunan yang menggunakan semburan lada dan bom asap bagi menghentikan kemaraan namun tiada kecederaan dilaporkan.

Kesatuan sekerja polis mendakwa pembaharuan berkenaan tidak mengambil kira hakikat bahawa polis mempunyai kerjaya lebih berisiko dan jangka hayat lebih rendah berbanding penjawat awam lain.

Pembaharuan di bawah Presiden Michel Temer itu menjadi kontroversi dan menerima kritikan dalam beberapa aspek terutamanya umur minimum persaraan 65 tahun kerana tidak mengambil kira berapa tahun rakyat telah bekerja. – BERNAMA

Kategori