Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

SILA BACA: Pencerahan Tentang...

Sebagaimana kita tahu, isu berkaitan royalti minyak sentiasa dimainkan pihak pembangkang untuk mencetus...

Tema Perpaduan Ummah Kekal...

KUALA LUMPUR - Tema perpaduan ummah yang akan diangkat dalam projek kerjasama UMNO...

Polis Siasat Bekas Timbalan...

JOHOR BAHRU - Polis akan membuka kertas siasatan terhadap seorang bekas timbalan menteri...

Serangan PH Terhadap FGV...

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan...

Polis Brazil Lancar Perang Sindiket Wang Haram

RIO DE JANEIRO – Polis Persekutuan Brazil melancarkan operasi memerangi rangkaian sindiket pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang beroperasi sekurang-kurangnya di lima buah negeri.

Polis dalam satu kenyataan berkata, operasi dikenali sebagai “Operasi Khianat”, membabitkan 200 anggota polis dan sebanyak 55 waran tangkap telah dikeluarkan.

Operasi dilancarkan di seluruh Brazil dengan tumpuan diberi di Persekutuan Daerah Brasilia juga di negeri Bahia, Maranhao, Minas Gerais, Mato Grosso do Sul, Goiaa, Para;, Piaui, Parana, Rio de Janeiro, Sao Paulo dan Tocantins.

Menurut kenyataan itu, siasatan terhadap rangkaian sindiket bermula pada Ogos 2016 selepas seorang suspek ditangkap di lapangan terbang antarabangsa Juscelino Kubitschek Brasilia.

Siasatan menjurus kepada jenayah pertukaran mata wang asing haram, pembelian bangunan bernilai tinggi dan pengelakan cukai.

Ahli sindiket juga didakwa berselindung di sebalik perniagaan sah serta memalsukan rekod awam termasuk sijil kelahiran mereka.


Menurut polis anggota sindiket turut menjalankan aktiviti pembersihan aset menerusi perniagaan stesen minyak, agensi pelancongan, tiket loteri dan lain-lain.

Rangkaian sindiket juga dikatakan menerima bantuan daripada peguam, akauntan, pegawai awam dan anggota polis. – BERNAMA

Kategori