Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kon Yeow Berbohong Status...

KUALA LUMPUR – Dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kononnya Perdana...

Kantoi Jual Air Ketum...

BAGAN SERAI - Kegiatan dua sekawan yang menjual air ketum di hadapan rumah...

Dua Lagi Bot Nelayan...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan dua bot nelayan Vietnam bersama...

Kemalangan Duke: 2 Pemandu...

KUALA LUMPUR - Dua pemandu Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu...

Polis Kelantan Kesan Suspek Pecah Masuk Pejabat MB

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengenal pasti seorang lelaki disyaki suspek yang memecah masuk ke Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Perbendaharaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Kota Bharu Supt Setapa Yusuf berkata lelaki berusia 39 tahun dan berasal dari jajahan ini dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Berdasarkan rakaman, dia dilihat berada di kawasan itu antara 2 dan 3 pagi dan dipercayai memasuki bangunan dengan mengumpil pintu menggunakan besi tajam.

“Suspek juga dipercayai melarikan wang tunai kira-kira RM1,500 serta dua bentuk cincin zamrud bernilai RM1,000 milik pekerja di situ, ” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini hari ini.

Setapa berkata lelaki itu didapati mempunyai 13 rekod lampau sejak 2000 membabitkan jenayah pecah rumah dan curi kenderaan.


“Kami sedang mengesan suspek ketika ini dan yakin dia akan ditangkap pada bila-bila masa,” katanya.

Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan, Ahmad Syazwan Mohd Hasan membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pagi semalam susulan kejadian itu. – BERNAMA

Kategori